FAQ – Soalan Lazim
Soalan 1.  Saya sudah bertugas 11 tahun dan saya hendak memasukkan data atau rekod-rekod cuti saya selama 11 tahun yang lalu ke dalam aplikasi e-cuti, Bagaimana ?
Jawapan :  Tiada masalah, sebab aplikasi ini akan menyusun rekod atau data yang anda masukkan secara sistematik, sistem akan menyusun tarikh tersebut berdasarkan urutan tarikh cuti. Anda boleh masukkan secara berperingkat-peringat jika ada kekangan masa, sebagai contoh; Katalah pada bulan ini anda masukkan rekod cuti tahun 2011 dan bulan hadapan pula tahun 2010, bulan berikutnya pula tahun 2009 dan seterusnya sehinggalah rekod cuti anda selesai dimasukkan semuanya.

Soalan 2. Borang Cuti Jabatan/Sekolah kami berbeza seperti Borang Cuti Lampiran B (Surat Pekeliling Am Bil. 3/1990) yang terdapat di AE-C ?
Jawapan : Tiada masalah.  Apapun jenis borang yang digunakan tidak mengapa sebab yang utama adalah, adanya dokumentasi yang direkodkan dan dibuat rujukan (rujukan itu sendiri yang utama). Oleh itu borang tersebut boleh digunakan.

Soalan 3. Saya sering bertukar-tukar tempat bertugas/berkhidmat, bolehkah saya menyediakan penyata tahun semasa bagi setiap sekolah/negeri yang berbeza?
Jawapan : Boleh. Anda hanya perlu menukar nama tempat bertugas semasa  sebelum mencetak penyata tahunan semasa tersebut.