AE-C  dicipta khusus untuk pengurusan Cuti Rehat dan Cuti Rehat Khas secara sistematik dan efisyen berkongsepkan ‘Sekali Key In Semuanya Beres……”  bermaksud sekali memasukkan data atau maklumat cuti terutama semasa mengisi borang memohon cuti maka borang/laporan/surat berkaitan cuti dan rekod cuti akan terhasil (output) dengan kadar segera tanpa perlu menaip atau membuat salinan (copy paste) berulang kali.

·        Borang Cuti Lampiran B ( Surat Pekeliling Am Bil. 3/1990 )
·        Penyata Cuti (Lampiran C)
·        Penyata Cuti Tahunan (Lampiran C)

Dan lagi penyata atau borang berkaitan cuti selain Cuti Rehat/Cuti Rehat Khas juga akan terhasil (output) seperti  penyata cuti sakit, cuti bersalin, cuti belajar, cuti haji/umrah dll;

·        Penyata Cuti Selain Cuti Rehat (Lampiran C1)
·        Penyata Cuti Tahunan Selain Cuti Rehat (Lampiran C1)

Disamping itu, surat, penyata atau borang ke hospital juga tersedia secara automasi (output);

·        Surat Hospital Diri Dan Ahli keluarga (Lampiran D)
·        Penyata
·        Penyata Tahunan

AE-C juga menghasilkan Surat/Borang/Penyata secara manual;

·        Lampiran A - Surat Pengumpulan Cuti Rehat (Bersara Pencen)
·        Lampiran A – Surat Pengumpulan Cuti Rehat (Bersara KWSP)
·        Surat Pengumpulan Cuti Rehat Khas (Khas Untuk Guru)
·        Borang Permohonan Cuti Bersalin (Lampiran A)
·        Penyata Cuti Rehat ( Lampiran A3)
·        Surat Hospital (Lampiran D)
·        Borang Cuti (Lampiran C)

Dengan tersedianya rekod-rekod atau borang-borang seperti diatas, anda TIDAK perlu lagi;

·        Berjumpa staf yang mengendalikan cuti/surat hospital untuk dapatkan borang setiap kali ingin  memohon cuti atau ke hospital.
·        Mengisi Surat/Borang berkaitan secara manual dan berulang-ulang.
·        Risau kehabisan Borang/Surat yang berkaitan.
·        Simpan Surat/Borang di meja/rak anda.

AE-C mampu menyimpan data dan merekodkan semua pergerakkan/data cuti, data cuti selain cuti rehat dan data ke hospital bagi diri dan ahli kelurga anda yang anda rekodkan dari masa ke semasa sehingga anda bersara. Oleh itu memudahkan anda membuat rujukan apabila hendak membuat atau mendapatkan Gantian Cuti Rehat (GCR) yang terkumpul untuk di diambil semasa bersara kelak atau apa-apa yang berkaitan dengan persaraan bagi maksud aplikasi ini.

Mungkin ramai juga di kalangan kakitangan awam tidak menghiraukan akan kepentingan rekod-rekod cuti rehat dan rekod-rekod gantian cuti Rehat (GCR) namun apabila hendak bersara kelak sudah pasti perkara ini akan menjadi sangat penting terutama dalam pengiraan GCR yang terkumpul sepanjang tempoh perkhidmatan. Harus diingat GCR dikira berdasarkan gaji akhir perkhidmatan maka ianya adalah satu alternatif untuk menabung pada masa hadapan secara tidak langsung.